|
|
|
|
|
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN
PEMBANGUNAN TEKNOLOGI
Latar Belakang Nama asal UPMPD adalah UPMC (Unit Pengurusan Maklumat Calon) yang ditubuhkan pada tahun 1985 dibawah Sektor Pengurusan dan Pengendalian Peperiksaan (kini Bahagian Operasi). Unit ini ditubuhkan bagi mengendalikan aspek profesional dan pemprosesan data-data kemasukan calon, pemprosesan keputusan dan pensijilan bagi semua peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan. Walaupun pengendalian peperiksaan awam di negara ini diuruskan melalui sistem berkomputer, aspek-aspek pentadbiran yang besifat profesional memainkan peranan yang sangat penting dalam keseluruhan proses tersebut, pengendalian bahan yang belum diproses, kerja penyemakan dan pemarkahan calon serta pensijilan merupakan aspek profesional yang bersifat manual, yang tidak dapat tidak perlu dilaksanakan di sepanjang proses tersebut. Fungsi inilah yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Pengurusan Maklumat Calon yang kini dikenali dengan nama Unit Pengurusan Maklumat dan Prosesan Data. Mulai Mei 1991, pentadiran sijil, kakitangan dan peralatan yang ada di bilik sijil diletakkan dibawah pentadbiran UPMC yang dahulunya dibawah tanggungjawab Unit Pentadbiran Peperiksaan masing-masing. Fungsi bahagian ini ialah mengeluarkan pernyataan sijil dan terjemahan sijil ke dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Pada Oktober 1993, UPMC telah berpindah ke bangunan baru di Blok B, Lembaga Peperiksaan. Penempatan kakitangan dan kerja-kerja dijalankan didalam bangunan yang sama kecuali bahagian pengeluaran terjemahan sijil dan pernyataan keputusan kekal di Tingkat 4 Bangunan Utama. Kini mulai tahun 2005, Unit Pengurusan Maklumat dan Prosesan Data adalah salah satu unit
dibawah Sektor Pengurusan Maklumat dan Pembangunan Teknologi, Bahagian
Pengurusan, Lembaga Peperiksaan Malaysia ( dibawah pengstrukturan baru LPM 2005
). Unit ini adalah pusat pengurusan pendaftaran dan pengumpulan data calon
peperiksaan bagi semua peperiksaan dibawah pengendalian Lembaga Peperiksaan
Malaysia.
Ringkasan
Pegawai dan Kakitangan di unit ini terdiri dari Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah dan Pembantu Tadbir yang berpengalaman dan berkelayakan. Selaras dengan perletakan unit ini di bawah Bahagian Pengurusan mulai April 2005, urusan pengendalian dan pengurusan maklumat peperiksaan merupakan aktiviti utama UPMPD pada setiap tahun.
Visi
Misi
Objektif Mengurus, mengendalikan dan menyelaras data pendaftaran calon bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU, STAM dan SPM (Julai) Mengurus, mengendalikan dan menyelaras markah bagi tujuan pemprosesan keputusan bagi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, SPMU, STAM dan SPM (Julai) Mengeluarkan sijil/penyata dan salinan bagi calon yang layak bagi peperiksaan PMR, SPM, SPM (Julai) Menyediakan maklumat dan informasi peperiksaan bagi memenuhi keperluan pengguna Menyediakan laporan data statistik peperiksaan Menentukan pentadbiran am unit berjalan dengan cepat, cekap dan tepat
Piagam Pelanggan
Fungsi Utama
|
|||||||||||||||||
|
Penafian |
|||||||||||||||||
|
Dibina pada 04/04/05 dan dikemaskini pada 12/09/2005 oleh Pengendali@2005
bravenet.com